Follow my blog with Bloglovin

FRIENDSHIP NEVER END

1
Komen

PERJANJIAN ANTARA BOSS DAN PEKERJA #1

assalamualaikum... okey..tak leh tdo lah plak malam ni..grr!!~ mencik la mata ni.. penat pun ada jugak.. tp takpalah.. kiter taip lah entry baru.. kot2 leh tertido..ea tak.. hehe.. okey berbalik pada tajuk.. ari ni nad nak share ngan korang tentang 1 artikel iaity hak2 kiter sebagai seorang pkerja..

Sejak berkurun lagi pertelingkahan antara majikan dan pekerja berlaku.. tak pernah berkesudahan.. manusia masih mencuba mencari jalan untuk meredakan keadaan ini namun masih menemui jalan buntu..

sehinggalah tahun 1955...

AKTA KERJA 1955  (Digubal)


dalam perjanjian ni menyatakan kebajikan pekerja akan terjamin.. namun betul ker??? lets kiter check sama2..

nad ingat nad akan buat 13 post untuk nyatakan satu2 perkara yang sepatutnya.. so nad perlukan korang seme untuk sentiasa ke blog nad bagi mendapatkan info2 berkenaan..tp kalau nad busy lambat lah sikit ea.. :P

nad ni tak reti nak menerangkan..but nad terai lah.. kalau nnt korang tak faham..korang ckp lah ea.. insyaallah nad akan cube jelaskan...

1. Kontrak Pekerjaan


Mengikut Pindaan Akta Kerja 1955 pada 1988, Ketua Pengarah Buruh telah diberikan kuasa untuk mendengar aduan antara majikan dan pekerja mengenai gaji atau tunggakan bayaran gaji. sec 69B EA 1955

semasa sign kontrak anda kene pastikan semua kandungan kontrak ni perlu ada / tahu

Sec 61 EA 1955 - Sec 5 Peraturan - Peraturan Kerja 1955 

  • Nama
  • Jantina
  • Umur
  • No Kad Pengenalan
  • Alamat Kediaman
  • Jawatan
  • Tarikh Mula Kerja
  • Gaji Permulaan
  • Elaun
  • Cara Pengiraan Kerja Lebih Masa
  • Waktu Perjabat
  • Notis Penamatan Kerja
  • Cuti Awam & Cuti Tahunan
  • Tarikh Pembayaran Gaji
  • Lain - lain Tambahan 
Akta Kerja 1955 telah memperuntukkan kebajikan asas kepada pekerja. Namun demikian, majikan tetap perlu menyediakan kebajikan yang lebih baik kepada pekerjanya. Sec 7 EA 1955

2.CUTI

  • Hari Kebangsaan
  • Hari Keputeraan Sultan / Yang DiPertua Negeri
  • Hari Buruh
  • Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong
 Sec 60 D (1) EA 1955 

namun setiap pekerja layak mendapat 10 hari cuti awam setahun dan 4 ari yg disebut adalah sebahagian sahaja.

Majikan perlulah mengumumkan cuti awam selewat2nya pada 1hb Januari setiap tahun.
Sec 60D (1A) EA 1955

jika tidak majikan boleh didenda RM10,000
Sec 99A EA 1955

Jika pada 1 hb Mei iaitu cuti untuk Hari Buruh anda mendapat MC pada hari bekenaan maka anda boleh ganti cuti bekenaan merujuk Sec 60D (1B) EA 1955 dan jika Melanggar Peruntukkan ini akan didikenakan denda Maximum RM10,000. Rujuk Sec 99A EA 1955

Kerja pada cuti awam : Gaji harian x 2
Kerja lebih masa pada cuti awam : Gaji Sejam x 3
Rujuk Sec 60D (3)(a) & (aa) EA 1955*


Masuk kerja 2 tahun kebawah dapat cuti = 8 hari cuti tahunan
Masuk kerja lebih 2 tahun tp kurang 5 tahun layak dapat cuti tahunan 12 hari manakala
Masuk kerja 5 tahun ke atas boleh mendapat 16 hari cuti tahunan
Rujuk Sec 60E (1)(a), (b) & (c) EA 1955

Namun....

Setiap tahun cuti akan hangus kalau tak dihabiskan dalam setahun  ( Sec 60 E (2) EA 1955 )

Ingat....

Kalau korang ponteng kerja 10% drpd jumlah ari kerja tahunan, korang tak layak dapat apa2 cuti lagi.    (Sec 60 E(1) EA 1955 )

korang kene ingat ni jugak..jangan nak amik MC beribu2 kali plak...
Sec 60 F(1) (aa) (i)(ii)(iii) EA 1955 .... cuti sakit (tanpa kemasukkan ke hospital) jika anda masuk kerja kurang 2 tahun anda boleh mendapat cuti sakit sebanyak 14 hari setahun. Jika masuk kerja lebih 2 tahun tp kurang 5 tahun layak mendapat 18 hari cuti sakit dan jika masuk kerja dah lebih 5 tahun boleh mendapat cuti sakit sebanyak 22 hari.. 

Sec 60F (1) (bb) EA 1955  - kamu boleh layak mendapat maximum 60 hari cuti sakit jika dimasukkan ke hospital.

Sec 60 F (1A) EA 1955      - layak mendapat cuti sakit jika cabut gigi

Sec 60 F (2) (b) EA 1955   - pekerja perlulah memaklumkan kepada majikan dalam tempoh 48 jam dari hari cuti sakit diambil. kalau tak akan dianggap ponteng.

okey lah... ni dulu pasal kontrak pekerja dan cuti.. nnt nad akan share ngan korang pasal lain plak.. banyak lagi tau.. hehe..antaranya :


  • waktu kerja
  • cuti bersalin
  • bayar gaji
  • gaji
  • tempoh cubaan
  • penamatan kontrak kerja
  • penamatan kerja
  • tukar jawatan
  • rombakan syarikat
  • naik pangkat
  • ganguan seks
mohon sentiasa ke blog nad untuk tahun update pasal akta kerja ni... akan update jika berkelapangan..maklumlah... :D agak busy.. hihi :P

oklah slmt malam semua


1 ciuman:

 

. Copyright © 2011 Special Thanks To : Mr.A